Perkhidmatan Tong Sanitari (Sanitary Bin Disposal)

IZRINABAYU Enterprise syarikat 100% milik Bumiputera Islam beroperasi di Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan didalam bidang Pembangunan Laman Web, Jualan atas talian dan bidang Pembersihan Bangunan dan Kawasan serta Servis Tong Sanitari atau Sanitary Bin Disposal Services. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan (KKM) 357-02183294 & Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) PG0252658-H.

Sebagaimana yang kita maklum pad tuala wanita menyerap darah haid dan adalah sesuatu yang kotor, berkuman dan mengeluarkan bau yang tidak enak. Membuang pad tuala wanita merata-rata adalah suatu tindakan yang tidak beretika. Apatah lagi membuangnya ke dalam mangkuk tandas juga boleh menyebabkan ianya tersumbat. Kini kami mempunyai sistem pembuangan yang lebih sistematik. Sistem yang telah diguna pakai sekian lama oleh masyarakat di negara maju.

  • Menjaga Kebersihan.
  • Mudah Untuk Digunakan.
  • Mengelakkan Dari Masalah Tersumbat.
  • Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tandas.
  • Dilupuskan Mengikut Prosedur Bahan Buangan Industri.
  • Dilengkapi Dengan Bahan Kimia Khas Bagi Mematikan Kuman & Mengelakkan Dari Berbau.